Friday, September 19, 2008

::ppsmi::

pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris dalam perbincangan samada nk diteruskan atau dihentikan atas sebab-sebab tertentu,,dan ketidakpuasan hati dari suara-suara yang dikeluarkan oleh badan-badan serta pihak2 tertentu.

ppsmi?pembelajaran sains dan matematik menggunakan bahasa inggeris bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga menengah...pelbagai rungutan mengenai isu ini sebab prestasi yang kurang memberangsangkan buat pelajar2 especially pelajar2 dari kawasan luar bandar...tapi ape2pun keputusan akan dibuat ujung tahun ini berdasarkan keputusan pencapaian pelajar2 dlm upsr..

persoalannya perlu atau tidak diteruskan?...bila datuk razali ismail, timbalan menteri pelajaran kemukakan soalan itu pada aku semalam dalam sesi temuramah dengan dia,....pastinya aku menyokong ppsmi diteruskan..dgn alasan,,hanya 2 matepelajaran ini saje yang digunakan dlm bhs inggeris,,jadi anggapan bahasa melayu makin terpinggir taklah aku rasa betul,,pelajar-pelajar masih lagi bertutur dan belajar matepelajaran lain dengan bahasa melayu...

tapi kalau dari faktor penguasaaan bahasa inggeris tu tak tercapai dikalangan pelajar-pelajar,.. mungkin kita boleh amik inisiatif lain...mungkin dengan corak pembelajaran yang seronok dan peranan pendidik itu sendiri dalam penguasaan bahasa inggeris..mungkin dari segi penambahbaikan boleh dibuat.

tindakan yang agak melampau aku kira bila ada yang nak datuk seri hishamuddin letak jawatan atas isu ini...jangan masukkan pengaruh emosi...walau apepun keputusan bahasa inggeris penting untuk masa hadapan dan dalam era digital dunia tanpa sempadan....



::mencari mud utk ketuk stry.. :P ::