Friday, August 28, 2009

::yang Sedang-sedanG saJa::

bila memilih sesuatu pasti mahu yg elok.yg cantek.yg boleh diguna pakai.
kriteria ini bukan saja untuk pemilihan barang.tapi juga orang.
bagi aku jika punya hidung pesek, punya kulit gelap, punya badan gendut, dan saat semua yang disekeliling mengatakan yang terburuk dari diri kita.. kita kena terima semua. menerima semua dengan lapang, puas, dan penuh syukur pada-NYA..dan xapa sebab kau perlu tahu mereka sedang mengeji tuhan.

zaman moden skrg semua boleh berubah.bentuk fizikal tidak sempurna boleh ditukar dengan syarat kau perlu punya RM.momantai!tapi kalau perkataan sempurna diletak pada kelakuan seseorang bagaimana.terfikir x kita kadang-kadang mahu jadi sempurna mendatangkan mudarat, sakit untuk diri. hipokrit.tapi kalau nk menang dalam segala hal kau musti buat lakonan yang baik punya.

satu lagi tradisi yg aku slalu lihat gadis2 melayu akan memulakan lakonan gadis paling ayu dan sopan bila berhadapan dengan bakal keluarga mentua.baru pertama kali jumpa dh sebuk2 masuk dapur buat2 bizi basuh pinggan atau lebih over tunjuk skill memasak dan paling kurang angkat minuman walau sejam yang tadi pinggan mangkuk dalam sinki selepas mkan tengahari di rumah sendiri kau tinggal.haih lakonan ini jugak buat aku senak.mmg susah nk jadi pelakon yang terbaik.tapi lakonan ini jugak untuk kebaikan bagi menentukan masa depan kamu. betulkan?serius kadang-kadang aku jadi jelik dgn diri aku.paksa untuk buat itu ini dengan senyuman manis xlekang di bibir. lagi-lagi aku perlu buat sesuatu yang kurang masuk akal di rumah orang asing.ikhlas tu ada juga timbul, kadang-kadangla.

xapala.kita anggap sebagai satu latihan asas subjek ekonomi rumahtangga.

bagaimana pula bila dengan pasangan masing2?yang lelaki mau sentiasa jadi macho.yang perempuan mau sentiasa cantek.pantang tudung tepenyek sikit cpt2 tgk cermin.blhke bawak watak lakonan masing-masing walau hubungan dh menjangkau 5 6 tahun? sempurna itu subjektif.tidak cantek tidak elok tapi jika perbuatan itu bukan sebahagian dari lakonan dan keadaan itu benar-benar terjadi tak salah kalau dikira sempurna bukan?sempurna sebab sifat jujur dan aku kira itu sudah baik. aku cuba bawa kebenaran ini dan cuba cari penyokong.

pernah terjadi satu hari, mud ceria bertukar pada mode senyap bila satu isu bodoh jadi perbalahan.salahke mengorek hidung di hadapan pasangan?bodo gile.kau mau bia hidung tak bernafas semata-mata mahu jadi sempurna depan pasangan?hey commonla syg!itu perlu.aku bukan mengorek hidung dengan cara di luar tabii pon.tetap ikut tatasusila mengorek hidung dengan gaya seorang gadis melayu.
sayang, kdg2 tak sempurna itu indah.



serius kadang-kadang aku letih coba mahu jadi sempurna.

5 comments:

aloy_paradoks said...

cantik la awak ni..

FareeZan said...

Aloy: awk lagi cantek.jom belanje saye.:P

Anonymous said...

arjuna: "tidak sempurna itu indah"
tidak sempurna itu juga istimewa,. kamu jgn bimbang sayang.

Potlandlord said...

suka entri ni :)

aku salah seorang penyokong yg kamu cari.

cinta hatiku jua suka mgorek hidungnya.nampak tak senonoh tapi kdg2 tabiat ni boleh penyeri suasana:))

tak payah over-doing pada bakal mentua.buat biasa-biasa je.cukup.

takut nanti gambaran selepas kahwin tak sama dengan sebelum.

FareeZan said...

arjuna: ye saya taw.terima kasih.

portlandlord: oh trimas.

penyeri suasana?hurmm.~bagi yg boleh terima.

saya seorang yg fobia dgn bakal mak mentua.:P

selalu buat biasa2.tapi mahu coba jd yg terbaik.